Anjing Musafir

>> 11 March 2009

Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.



Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.


(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.

Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.



*semoga kita semua mendapat ikhtibar dr kisah ini.

Read more...

Didik anak dengan bercerita

>> 04 March 2009

Aku nie bercita-cita nak mengumpulkan kisah-kisah teladan. Tujuan sebenarnyer untuk dikongsi bersama-sama kawan-kawan. Pastu kita boleh ceritakan kat anak-anak kita. Resultnyer memang menarik.
Pengalaman aku sendiri, aku nie boleh la dikatakan rajin jugak la bercerita kat anak-anak aku nie. Sebab tu jer cara untuk aku suh diaorg duduk senyap skit. Kalau tak hura-hara rumah dibuatnyer. Biasa la 3 hero, 1 jer puteri).
Pernah sekali tu aku cerita kisah 3 orang miskin. Panjang la kisah tu. Aku dapat kisah tu dr majalah asuh. Fatihah, Zufayri, Zharfan mmg excited la mendengarnyer (hehheh kira best la aku cite). Baby jer kurang berminat( dia kecik lg kan tak kisah la kan). Pastu suatu aritu tetiba jer zufayri cuba remember balik kisah tu. Aku rasa kagum la jugak sbb dia boleh cerita semula aper yang aku cerita. Cuma ader la part yg dia terlupa. Pastu tu last skali dia kata .. "kita tak boleh tipu orang kan mama".
Aku sendiri pun sebenarnyer dah tak berapa ingat dah kisah tu.
So aku leh buat kesimpulan, bercerita salah satu cara untuk mengajar anak-anak kita.

p/s - jom discuss, sapa ader idea menarik leh kita share sesama dan sapa-sapa ader kisah-kisah teladan yang best pun leh kita kongsi.

Read more...