Sayang Mama dan Baba

>> 27 July 2009

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Read more...

Rahsia Solat Awal Waktu

>> 21 July 2009

(semoga dapat mendorong kita supaya solat diawal waktu) sumber - email
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi system metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zu hurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita .

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Read more...

Insan-insan yg sentiasa bertakhta dihati

>> 20 July 2009

Read more...

Kerana Banyak Berselawat

>> 15 April 2009

(Kisah ini di ambil dari majalah asuh- KISAH ORANG SOLEH) –
--semoga sama-sama mendapat ikhtibar--

Sufyan as-Sauri ialah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu masa, dia bertemu seorang pemuda yang bercerita tentang satu pengalamannya yang sangat aneh.

Menurut pemuda itu, dia bersama ayahnya sedang dalam perjalanan untuk menunaikan haji di Makkah.Tiba-tiba ayahnya jatuh sakit yang kemudian berakhir dengan kematian.Lebih menyedihkan lagi, wajah ayahnya telahbertukar menjadi hitam legam.

Dia benar-benar terperanjat. Tak tahu kenapa jadi begitu. Dan tak tahu apa yang harus dilakukan kerana dia berada di tempat orang. Bimbang juga akan mendapat malu sekiranya hal itu diketahui oleh orang lain.

Akhirnya pemuda menutup mayat ayahnya dengan sehelai kain. Dia menangis teresak-esak.Akhirnya dia tertidur. Dalam tidur dia bermimpi didatangi seorang lelaki yang sungguh tampan serta penampilannya yang nampak gagah. Wajahnya bersinar terang.
Pakaiannya bersih dan berbau harum. Lelaki itu bertanya dengan penuh sopan, Apa masalahmu?

Ayahku telah meninggal dunia.
Jangan menangis. Semua orang mesti mati, tegur lelaki tampan itu.
Tapi wajahnya bertukar menjadi hitam legam.

Lelaki tampan itu menyingkap kain yang menutup mayat lalu mengusap wajah mayat dengan tangannya. Wajah mayat yang hitam legam beransur-ansur bertukar menjadi cerah dan bersih. Malah lebih cerah daripada asalnya. Kemudian menutup semula mayat dengan kain yang sama.
Lelaki itu mahu beredar, tetapi lebih dahulu ditanya siapakah dia sebenarnya? Lalu dia pun memperkenalkan dirinya, Aku Muhammad Rasulullah.

Si pemuda yang bertanya itu tergamam seketika. Kemudian dia tahu juga kenapa ayahnya beroleh rahmat yang begitu besar dari Allah s.w..t.

Rupa-rupanya semasa hayat, ayahnya adalah seorang yang sangat rajin berselawat kepada Rasullullah s.a.w. Demikianlah yang diberitahu oleh lelaki tampan itu.Apabila terjaga daripada tidur, pemuda yang kematian ayah itu segera menyelak kain yang menutupi mayat ayahnya.
Memang benar. Wajah ayahnya tidak hitam lagi. Cerah berseri-seri.

Perasaannya ketika itu bercampur-baur antara sedih, terharu dan sungguh gembira.
Itulah pengalamanku yang cukup luar biasa, kata pemuda itu mengakhiri ceritanya kepada Sufyan as-Sauri.
Aku akan turuti jejak almarhum ayahku yang menjadikan amalan gemar berselawat ini sebagai tabiatku.

Read more...

Anjing Musafir

>> 11 March 2009

Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.



Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.


(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.

Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.



*semoga kita semua mendapat ikhtibar dr kisah ini.

Read more...

Didik anak dengan bercerita

>> 04 March 2009

Aku nie bercita-cita nak mengumpulkan kisah-kisah teladan. Tujuan sebenarnyer untuk dikongsi bersama-sama kawan-kawan. Pastu kita boleh ceritakan kat anak-anak kita. Resultnyer memang menarik.
Pengalaman aku sendiri, aku nie boleh la dikatakan rajin jugak la bercerita kat anak-anak aku nie. Sebab tu jer cara untuk aku suh diaorg duduk senyap skit. Kalau tak hura-hara rumah dibuatnyer. Biasa la 3 hero, 1 jer puteri).
Pernah sekali tu aku cerita kisah 3 orang miskin. Panjang la kisah tu. Aku dapat kisah tu dr majalah asuh. Fatihah, Zufayri, Zharfan mmg excited la mendengarnyer (hehheh kira best la aku cite). Baby jer kurang berminat( dia kecik lg kan tak kisah la kan). Pastu suatu aritu tetiba jer zufayri cuba remember balik kisah tu. Aku rasa kagum la jugak sbb dia boleh cerita semula aper yang aku cerita. Cuma ader la part yg dia terlupa. Pastu tu last skali dia kata .. "kita tak boleh tipu orang kan mama".
Aku sendiri pun sebenarnyer dah tak berapa ingat dah kisah tu.
So aku leh buat kesimpulan, bercerita salah satu cara untuk mengajar anak-anak kita.

p/s - jom discuss, sapa ader idea menarik leh kita share sesama dan sapa-sapa ader kisah-kisah teladan yang best pun leh kita kongsi.

Read more...

Tahun 2009

>> 18 February 2009


Add Image
Mulakan dengan Bismillah

Read more...